Sejarah Lao Skyway

Mil Mi-17-V1 di Lapangan Terbang Wattay .

Lao Air ditubuhkan pada 24 Januari 2002, sebagai syarikat perkhidmatan piagam helikopter. [3] Pada 8 Disember 2003, syarikat penerbangan itu menandatangani perjanjian sewa-beli dengan Lane Xang Minerals Limited Company (Syarikat Lane Xang Minerals Terhad) untuk penyewaan Cessna Grand Caravan bagi digunakan dalam perkhidmatan sewaannya. Perjanjian itu menandakan permulaan operasi sayap tetapnya. Pada Tarikh 7 Oktober 2005, sewaam kedua bagi Cessna Grand Caravan telah ditambahkan ke armadanya.

Pada Tarikh 14 April 2007, perkhidmatan tetap berjadualnya mula menggunakan Cessna Grand Caravan.

Pada Bulan April Tahun 2014 syarikat Lao Skyway menggunakan pesawat penumpang yang lebih besar untuk perkhidmatan pasaran penerbangan domestik. [4]

Laman sesawang syarikat membenarkan pembayaran dalam talian melalui kad kredit. Sehingga April 2019, ia masih menjalankan pelbagai penerbangan dalaman.